Followers

Thursday, April 19, 2012

Tips Memilih Kamera


Tips Memilih Kamera, Apa Yang Anda Harus Tahu?


Pemilihan kamera merupakan salah satu perkara yang memeningkan kebanyakan yang baru nak mula dalam bidang fotografi ini. Tak kira la korang baru nak mula sebagai hobi atau nak jadikan terus sebagai kerjaya. Tapi korang harus juga ingat iaitu pemahaman mengenai teknologi kamera juga perlu di samping pemahaman dalam bidang fotografi ini juga penting jika korang nak lakukannya sebagai kerjaya.Entry kali ini adalah berikutan daripada post yang dibuat oleh sebuah blog fotografi yang amat bermanfaat bagi korang yang nak tahu lebih lagi tentang dunia fotoragfi ni iaitu Fototeacher
Mai kita liha.........
Saya ada terpandang iklan yang mana seorang pemilik kamera DSLR ingin menjual kamera yang baru dibeli sebulan yang lalu. Katanya dia ingin menukar ke model yang lebih canggih kerana kamera yang dibeli tidak memuaskan. Ada dua persoalan yang bermain dalam kepala saya ketika membaca iklan tersebut:
Kenapa sebelum beli tak periksa betul-betul keperluan dan ciri-ciri kamera tersebut?
Apa kurangnya kamera DSLR yang telah dimiliki?
Berikutan daripada post yang dibuat oleh Fototeacher ini aku nak berikan sedikit sebanyak tips yang tak seberapa ni untuk korang fahamkan sebelum korang nak beli apa-apa jenis kamera digital pun, terutamanya DSLR. Ya.itu bagi yang dah beli..tapi camne plak yang tak pernah langsung membeli? Jom kita tengokAda beberapa perkara penting yang korang kena tengok dan pertimbangkan sebelum membeli apa-apa DSLR atau kamera digital(tak termasuk kamera handphone ye..)
Harga
-perkara paling penting adalah harga atau bajet yang korang dah tetapkan untuk sesuatu kamera. Kalau korang bajet dalam RM2000-RM3000 sahaja. Jangan lah nak impikan kamera yang setanding dengan pro-pro photographer yang lain tu yang dah mempunyai berpuluh-puluh jenis body yang mahal-mahal…pastikan anda masih dalam bajet.Cara untuk mencari jenis kamera yang dalam bajet anda cukup mudah. Caranya adalah seperti berikut.
1.Masuk ke laman Ebay Malaysia atau Lelong.com.my atau Shashinki
2.Search dengan keyword “DSLR”
3.Kemudian pada sebelah kiri laman Ebay tersebut akan terpapar range harga yang boleh anda dapat untuk anda search dengan lebih tepat lagi mengikut bajet anda itu.
Tips tentang harga ini sebenarnya boleh dibuat dengan cara lebih susah iaitu pergi ke setiap kedai seperti di Plaza Lowyat, Pertama, Sg Wang dan banyak lagi.Jadi sekarang anda dah tahu range harga dan jenis kamera yang anda akan dapat dengan harga yang anda telah tentukan itu.
Jenis atau Model Kamera
-Seterusnya jika terdapat 2 jenis model kamera atau lebih yang masih dalam bajet anda itu, tentu anda keliru, yang mana satu menjadi pilihan.Mudah sahaja sebenarnya..jika korang ada ramai kawan yang pakai Nikon, adalah lebih baik korang beli model Nikon, dan begitu juga sebaliknya. Tetapi kalau takde kawan yang pakai macam mana?
Korang boleh dapatkan antara jenama kamera yang paling popular digunakan seperti link dibawah ini
http://bighugelabs.com/topcameras.php
Nasihat aku cuma satu..walau secanggih mana pun kamera korang gunakan, tapi korang masih tak paham tentang perkara basic tentang kamera DSLR, adalah lebih baik korang mulakan dengan kamera yang sederhana fungsinya.
Aksesori
-aksesori memang penting untuk kamera DSLR..sebenarnya ia bukan digelar sebagai aksesori, tetapi lebih kepada sebahagian daripada kamera itu sendiri selain lense dan body.Contoh seperti Speedlight,Remote,Battery Grip, dan juga tripod. Beg kamera juga penting kerana tanpa beg, sukar untuk korang bawak kemana-mana yang korang suka.Jika korang bermula dengan basic, cukup la takat ada Body, lense,speedlight dan juga tripod..itu je dah cukup..tak payah nak pikir beli Fisheye,Ultra Wide Angle dan sebagainya..
Storan/Memori Kad
-memori kad amat penting untuk menyimpan kesemua gambar yang disnap tu.Ada banyak jenis memori kad dan banyak space yang ada.Contohnya seperti 4GB,8GB, 16Gb dan juga 32GB..4GB sudah memadai bagi korang yang baru nak mula tu dan jangan express sangat sampai teruja nak beli sampai 32GB..tengok dulu harganya ye..hehe..
Shuttercount
-tahu tak korang yang setiap kamera ada jangka hayatnya? Begitu gak ngan DSLR..info lebih dalam korang boleh dapat di sini.Tapi jangan la sebab shuttercountnya sikit korang berkira sangat nak snap picture dan belajar photography ni sebab dalam pembelajaran tu, mesti la kena keluar modal sikit dan usaha kena la gigih ye tak? Baru la dapat hasil yang baik..:P
Software untuk check shuttercount kamera korang
Rasanya cukup setakat ini tips untuk pemilihan kamera.Lagi satu nasihat adalah..korang tak payah nak argue mana satu jenama paling best..sebab teknologi kamera sentiasa berubah-ubah dan dalam masa setahun dua sahaja,mungkin kamera korang tu pun dah dianggap tak best..Nikon,Canon,Sony,Olympus..semua sama jek..yang penting adalah siapa di belakang kamera tersebut dan gambar yang diambil cantik dan sedap dipandang…tak gitu

No comments:

Post a Comment